HTML5 Icon

Inspirasi Kehidupan Rasulullah S.A.W.


Harga: RM 12 |

Nabi Muhammad S.A.W. diutuskan oleh Allah SWT sebagai pembawa mesej Islam kepada seluruh umat manusia. Baginda S.a.w berperanan memberi tunjuk ajar kepada manusia mengenai tatacara untuk mereka menjalankan kehidupan dengan kaedah yang terbaik di atas dunia ini. Selain itu tugas baginda ialah membersihkan hati-hati mereka agar ia suci daripada sebarang perbuatan syirik, kurafat, dan dosa.

Oleh yang demikian, setiap perkataan, perbuatan, gerak-geri, perlakuan, dan pengiktirafan daripada Nabi adalah menjadi suri tauladan bagi setiap Muslim yang mahu menjalankan hidup dengan berlandaskan kepada kebenaran.

Allah SWT berfirman, "Tidaklah dia (Muhammad) mengucapkan sesuatu daripada hawa nafsunya, bahkan sesungguhnya dia mengucapkan wahyu dan diberikan kepadanya." (An-Najm: 3-4 )

Makan dan minum merupakan keperluan asasi bagi manusia. Ia adalah faktor kelangsungan hidup seorang insan. Oleh itu, Nabi Muhammad S.a.w telah meninggalkan kepada kita khazanah yang bernilai, iaitu panduan, pedoman, dan peraturan bagi seseorang Muslim apabila dia berhadapan dengan hidangan makanan.

About Syihabudin Ahmad

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment