HTML5 Icon

35 Hadis Hafalan Pilihan


Harga: RM 18 |

Pada bahagian awal buku ini menjelaskan secara sepintas lalu mengenai ilmu hadis, peranan hadis, pengertian hadis sahih, daif dan maudu’(palsu). Selain itu, setiap hadis yang dihimpunkan dihuraikan dengan ringkas supaya pembaca dapat memahami hikmah dan hukum yang terkandung di dalam hadis-hadis berkenaan serta yang berkaitan dengannya.
 
Manfaat lain yang boleh diambil daripada buku ini ialah Panduan Ringkas Kaedah Menghafal kerana hampir kesemua hadis di dalam buku ini dimuatkan hadis-hadis yang pendek dan mudah dihafal bahkan sesuai untuk mereka yang mula mendekati bidang hadis. 
“Semoga Allah mencerahkan wajah seseorang yang mendengarkan hadis, lalu menghafal dan menyampaikannya kepada orang lain.”(HR at-Tirmizi: 2656)
 
Buku yang terhasil di tangan anda ini adalah antara daripada buku kecil yang menghimpunkan hadis-hadis yang bersumberkan kitab-kitab hadis susunan para ulama hadis muktabar.
 
 
 “Sesiapa yang berkeinginan menjadi manusia paling kuat antara manusia. Maka hendaklah dia bertawakal kepada Allah. Sesiapa yang mendambakan diri menjadi manusia paling mulia antara manusia. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah. Dan sesiapa yang berkeinginan menjadi manusia paling kaya. Maka hendaklah dia lebih mempercayai apa yang ada di sisi Allah, daripada apa yang ada di tangan manusia.” 
(HR al-Bukhari: 4445)

About Syihabudin Ahmad

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment