Harga: RM 18 |
“Al-Manarul Munif Fis Sahih wa Dhoif” adalah antara puluhan buku
tulisan Ibnu Qayyim al-Jauziyah (751H) berkaitan cara untuk membezakan
hadis sahih dan palsu yang sering diguna pakai.Karya ini ditulis 3 tahun
sebelum beliau meninggal dunia. Tanpa melihat kepada rangkaian sanad
perawinya, buku ini menjelaskan cara mengenali hadis palsu hanya dengan
melihat isi kandungan sahaja.
Contoh-contoh yang diberikan di dalam buku ini menggunakan hadis
yang popular dalam kalangan masyarakat kini. Alangkah terkejutnya kita
apabila mengetahui hadis yang popular itu sebenarnya palsu! Ibnu Qayyim
menjelaskannya satu persatu.
Buku Al-Manarul Munif ini diberi beberapa nilai tambah:
•Dari sudut takhrij daripada kitab-kitab ulama yang lain.
•Ulasan ringkas bagi memudahkan pembaca memahami maksud hadis yang dijelaskan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyah.
•Isi kandungan hadis disertakan dengan bahasa Arab dan terjemahan bahasa Melayu bagi memudahkan rujukan.
Diharapkan dengan kehadiran buku Al-Manarul Munif ini dapat
membantu para pendakwah, guru-guru, serta seluruh umat Islam
khususnya,mengenali hadis-hadis palsu sekali gus bertindak menghalang
hadis tersebut daripada terus disebarkan.
0 comments :
Post a Comment