Syamail Muhammadiyah adalah sebuah buku sirah agung Nabi Muhammad
SAW yang mempunyai 415 hadis dalam 56 bab. Buku ini ditulis oleh Imam
at-Tirmizi (279H) untuk memperkenalkan kepada pembaca keadaan peribadi
Nabi SAW daripada pelbagai sudut, antaranya:
1-Bentuk tubuh dan perilaku
2-Pakaian dan perhiasan
3-Makanan dan minuman
4-Cara ketawa, menangis dan tidur
Buku Syamail Muhammadiyah ini diberi beberapa nilai tambah:
1-Dari segi kualiti hadis sama ada sahih, hasan, daif atau terlalu lemah.
2-Dari segi takhrij daripada kitab ulama-ulama yang lain.
3-Dari segi perkataan yang sukar difahami dijelaskan secara ringkas dan padat.
Syeikh Abdul Mohsin al-`Abbad memberi ulasan:
“Buku Syamail Muhammadiyah yang ditulis oleh Imam at-Tirmizi adalah
satu rujukan agung dan sangat penting untuk mengenali peribadi Nabi
SAW. Para ulama hadis silam dan moden sangat mengambil berat terhadap
buku ini.”
(Edisi Kulit keras)
0 comments :
Post a Comment