Harga: RM 18 |
“Akhirnya, yang condong tetap condong
patuh aturan Tuhan dan yang sombong tetap sombong
mati menghadap Tuhan.” (Condongnya Pisa)
Menelusuri setiap bait yang dicipta dari kembara dua penulis ini,
membawakita singgahmenikmati keindahan Seville, menguntum rindu buat
Baitullah, menyemai cinta buat tanah yang pernah menjadi saksi
tertegaknya kalimah Allah,
Membenih cemburu buat Rumaikiyyah dan akhirnya memanggil kita
pulang ke kampung halaman, tanah tumpah keringat dan darah.Bait-bait
dedikasi, yang membenarkan kita meninjau sebuah daerah paling indah;
hati budi seorang lelaki.
Kalianlah para pembaca.Semoga takwa menjadi landasan kita, penulis
dan pembaca.Biarlah ada meski mungkin sedikit.Semoga usai membaca buku
ini, kalian akan tersenyum sepertimana senyumnya kami tika keluar dari
Borcadillas Dar Baraka, kerana mereka telah memperkaya perbendaharaan
jiwa. Begitulah harapan kami.Maka, kerana itulah kami menulis.
Dar Baraka. Nama ini diambil sempena sebuah kafe yang kami singgah
di Granada, ‘Bocadillas Dar Baraka’. Perkataan ‘Dar’ atau ‘Bait’ membawa
erti ‘Rumah’ dalam bahasa Melayu. Namun ‘Dar’ juga membawa maksud yang
lebih luas, iaitu sebuah kota atau bandar. ‘Baraka’ pula membawa
ertikata berkat.
0 comments :
Post a Comment